
ini baru pengenalan
.
.
.
.
.
yang lebih mencabar akan muncul
.
.
.
.
.
.
tunggu sahaja
.
.
.
.
.
.


ini baru pengenalan
.
.
.
.
.
yang lebih mencabar akan muncul
.
.
.
.
.
.
tunggu sahaja
.
.
.
.
.
.

Yang sebenarnya aku tidak tahu mahu menulis apa, tapi aku mahu menulis sesuatu supaya ruang legar aku ini mempunyai sesuatu yang baru dan segar(untuk hari ini). Jadi, aku memilih untuk mewar-warkan bahawasanya, “Pulau Perhentian pantainya indah”
Ya, Pulau Perhentian pantainya indah. Sangat indah. Gambar di atas ini adalah sebuah gambar curi yang dicuri menggunakan saluran internet yang terbuka, jadi aku mahu tunjukkan sebuah contoh sebenar keadaan Pualu Perhentian.
Perhentian adalah begini..
ya, memang begini.
Perhentian kecil adalah didepan dan belakang adalah yang besar.
Yang membaca adalah penantian (bagi yang belum pernah mengunjungi)
Dan aku?
Aku baru sampai dari Pulau Perhentian yang belakang itu pagi tadi.
Ye Yeah!
Sudah lama tidak mem-atas-tarikh kan ruang legar ini. Serasa seperti tidak ada masa barangkali. Maka, sempena ruang dan peluang yang diberi ini, sedikit pengubahsuaian telah dilakukan. Semoga semua orang gembira..
Sempena muka baru ini yang nampak seperti kurang warna, maka coretan ini akan dipenuhi dengan warna-warni.
WARNA-WARNI
Okey..warna-warni.. Kenapa budak kecil,secara majoritinya, suka warna-warni? mungkin itu adalah peringkat usia dimana mereka menyukai perkara berwarna..Segala perkara adalah gembira..Barangkali mereka dalam proses memilih warna kesukaan masing-masing. Jadi mereka lebih terarah untuk mengikut rakan-rakan, menjadi lalang yang ditiup angin. Kalau si minah suka merah, si abu nak merah jugak, kemudian diikuti oleh samad,karim, jonah dan lain-lain. Tapi macam mana si minah boleh suka merah? mungkin dia terpengaruh dengan kakaknya yang suka merah juga. Kakaknya macam mana boleh suka merah? mungkin dari kawan2nya masa kecil. Masa kecil? jadi kakak si minah sama macam minah..dapat tahu warna kegemaran dari kawan2 yang mungkin dapat warna kegemaran dari abang, atau kakak, atau dari sapa2 orang dewasa di sekeliling mereka. Mungkin kalau semua orang suka merah, kanak2 seluruh dunia akan suka merah?
Adakah aku kesan dari si minah…?