macam mana itu bermula
ini ruang bahasa ibunda..
macam mana semua ini bermula?
satu masa dahulu seorang lelaki berjalan-jalan di tepi sebuah pasaraya terkemuka di ibukota Kuala Lumpur. Walaupun pasaraya itu terkemuka tapi ia semakin dipinggirkan dengan keterbukaan ramai lagi pasaraya yang lebih gagah perkasa.
Maka, lelaki tadi yang berjalan-jalan ternampak sebuah kedai gambar bertajuk “Ridhuan Fotomedia” maka dengan sengaja singgah ke sana atas dasar suka sama suka ke atas fotografi walaupun ilmu di dada adalah kosong.
Singgah lah lalalala….tanya2…cakap2 ….. kemudian pulang.
tidak lama selepas itu…
Seorang kenalan berkata kepada lelaki tadi, “woi amat, ko nak keje dengan opismate aku punya husband tak? dia ada kedai gambar. Dia nak guna orang sbb ada projek skit. Mahu kah??”
Si lelaki yang suka fotografi tapi tiada ilmu di dada itu terus setuju seraya berkata “mahu!!!”
Maka esoknya bermula lah titik permulaan hidup lelaki yang tiada tahu tentang fotografi tapi minat fotografi tadi bekerja di kedai yang dia singgah di sebuah pasaraya yang terkemuka tapi hampir pupus tadi juga.
Atas dasar minat, lelaki tadi bekerja berhempas pulas di kedai itu dengan niat mahu mencuri segala ilmu fotografi yang ada di sana hehehe… tanpa mempedulikan bayaran yang bakal diterima, lelaki tadi terus kan juga misi khas nya hoho…
Maka, akhirnya lelaki itu mampu mengambil gambar menggunakan kamera DSLR hingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, lelaki itu masih mahu mencari dan mencuri dari mana-mana yang boleh sebab dia masih belum habis belajar. Banyak lagi kata dia…
aku lah lelaki itu…hoho
-nahaIndahriangdunga-







owh..begitu yek? tak penah tau pun..
mahu belajar dengan I? first lesson free. hehe.
waddahail!??
Cho, tiada cara yang lebih mudah untul aku mengkomen kat dunia ko ke?
rambut dah pendek? haha!